Autohaus KL sedang mencari pengurus pusat servis dan repair yang beroperasi di beberapa cawangan di KL dan Selangor. Ini adalah antara 15 pusat servis dibawah syarikat ini. Individu mestilah berdaya saing, mempunyai ciri berkepimpinan dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang automotif. Fokus syarikat adalah untuk terus memberikan servis berkualiti, lebih cekap dan lebih mesra pelanggan. Ini termasuk servis asas kereta, baik pulih, diagnostics, tayar dan aircond.
.
Antara ciri-ciri yang kami cari adalah:
- Pengalaman dalam industri automotive lebih 10 tahun.
- Mempunyai kemahiran untuk servis & baik pulih kereta
- Ilmu dan pengetahuan tinggi dalam baik pulih kenderaan.
- Kemahiran komunikasi yang baik.
- Mempunyai sifat dan ciri-ciri seorang ketua
- Bermotivasi tinggi dan ingin terus memajukan diri.
Tugas manager branch termasuk:
- Menjadi ketua kepada semua pekerja di branch
- Memastikan pelanggan mendapat servis terbaik sama ada kualiti atau layanan.
- Memastikan stok dan alat ganti ada untuk keperluan baik pulih
- Susun atur dan kebersihan kedai dalam keadaan terbaik
- Susun atur jadual pekerja untuk shift (jika perlu)
- Memastikan branch sentiasa mencapai target sales yang ditetapkan.
.
Anda akan ditempatkan di cawangan baru atau lama untuk terus menjalankan tugas sebagai pengurus cawangan. Bantuan dan latihan akan diberikan oleh bahagian pengurusan untuk membantu anda memahami SOP dan tatacara kerja di Autohaus KL.
Yang berminat boleh hubungi Zam 019-380 3155 dan hantar terus resume ke indeed.
Job Type: Full-time
Pay: RM3,500.00 - RM6,000.00 per month
Benefits: - Maternity leave
Opportunities for promotion Professional development
Supplemental pay types:
* Performance bonus
Ability to commute/relocate:
- Shah Alam: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Education:
- Diploma/Advanced Diploma (Preferred)
Experience:
- Automotive: 8 years (Preferred)
Language:
- Bahasa Malaysia (Preferred)
Application Deadline: 04/30/2024
Expected Start Date: 05/01/2024