Terima kasih atas minat anda untuk menyertai CARSOME Malaysia!
Makluman:
Pegawai Cawangan akan ditempatkan di mana-mana cawangan Experience Centre di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah. Layarihttps://www.carsome.my/locate-us untuk maklumat lanjut.
Tugasan Kerja:
- Menguruskan Inventori & hal-hal berkaitan.
- Bertindak sebagai Penjaga utama Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
- Menguruskan temu janji pembaharuan Puspakom B5 & B7 dan menyediakan kenderaan untuk pemeriksaan Puspakom.
- Menyelaraskan semua aspek pengaturan pemindahan seperti penerimaan kenderaan dari CARSOME Certified Lab (CCL), pemindahan antara cawangan (Experience Centre, Pusat Pemeriksaan, Pusat Perkhidmatan Penghantaran), pembaikan di bengkel/pusat servis panel dan pemulangan ke Experience Centre.)
- Menyiapkan inventori dalam keadaan kualiti terbaik untuk Pemindahan Antara Cawangan, Pra-Ujian Pandu (RTD, HTD), Penghantaran Pelanggan, Projek Pelupusan dan lokasi yang ditetapkan lain.
- Melakukan pemeriksaan berkala, penyelenggaraan konsisten dan penjagaan terhadap inventori termasuk menghidupkan enjin, minyak enjin, fungsi bateri dan mematuhi SOP untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik.
- Terlibat dalam mana-mana aktiviti Syarikat yang ditugaskan.
Syarat Permohonan
- Kelayakan minima SPM. Kelayakan Diploma/Ijazah dalam mana-mana bidang adalah digalakkan.
- Calon yang mempunyai pendidikan automotif akan diutamakan.
- Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam industri automotif.
- Mempunyai lesen memandu yang sah dengan rekod bersih.
- Keupayaan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu pada semua peringkat.
- Keupayaan untuk melakukan pelbagai tugas dan berfikir cepat untuk menyelesaikan situasi yang mencabar.
- Keupayaan untuk bekerja secara berdikari serta dalam pasukan.
- Mengekalkan standard kualiti CARSOME.
- Pengetahuan tentang prosedur JPJ atau Puspakom adalah digalakkan.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.